Piala Sultan Azlan Shah: Laluan Malaysia makin sukar

Piala Sultan Azlan Shah: Laluan Malaysia makin sukar

PEMAIN Malaysia, Ashari Firhan (depan) melepasi kawalan pemain Pakistan pada kejohanan Pialà Sultan Azlan Shah di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laluan tuan rumah, Malaysia ke suku akhir Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-29 tampak sukar selepas 1-1 dengan Pakistan semalam.

Berikutan keputusan itu, anak-anak buah Arul Selvaraj terdampar di dasar carta dan memerlukan segala keajaiban dalam baki tiga perlawanannya.

Perlawanan seterusnya bagi Malaysia ialah bertemu Afrika Selatan esok.

Dalam aksi semalam, Malaysia beraksi lebih baik berbanding tunduk 0-3 kepada Korea Selatan pada perlawanan pertama.

Begitupun kegagalan menyempurnakan lima pukulan sudut penalti menjadi faktor penghalang kejayaan Malaysia.

“Dalam perlawanan pertama saya melakukan beberapa kesilapan dan bagi saya, kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapa. Saya balik semalam dan membuat analisa permainan yang saya tampilkan semalam dan mengenalpasti di mana kesilapan saya.

“Saya turun beraksi pada perlawanan hari untuk dengan tekad untuk bermain lebih baik dari semalam.

“Sebagai satu pasukan semalam kita telah melakukan kerja rumah menyaksikan video dan menganalisa permainan Pakistan menentang Afrika Selatan.

“Kami telah mengenalpasti bagaimana mereka bermain, terutamanya dalam pukulan sudut penalti. Jadi kami mempunyai lebih keyakinan apabila berhadapan dengan sudut penalti mereka.

“Sayangnya kami bolos juga satu pukulan sudut penalti. Semua pemain telah turun dengan semangat untuk menang hari ini, tetapi kami terpaksa terima keputusan seri ini dan bersedia untuk permainan seterusnya,” kata penjaga gol negara, Muhammad Hafizuddin Othman yang dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.

Hafizuddin bertindak cemerlang untuk menghalang lima pukulan sudut penalti Pakistan, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan pukulan Arbaz Ahmad pada minit ke-37.

Terdahulu Shello Silverius meletakkan tuan tumah di hadapan dengan jaringan di minit ke-28. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.