Piala Malaysia 2022 tanpa VAR

Piala Malaysia 2022 tanpa VAR

HASRAT peminat bola sepak negara untuk melihat VAR digunakan dalam final Piala Malaysia tidak kesampaian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak akan digunakan pada final Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu depan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata, terdapat beberapa faktor menyebabkan penggunaan teknologi itu tidak digunakan meskipun venue perlawanan akhir pernah menggunakan VAR sebelum ini.

“Kalau ada (penggunaan VAR untuk final) saya boleh cakap ada. Ini kerana kita belum bincang dengan MFL berkenaan perkara ini. Selepas itu kita juga perlu berbincang dengan pihak stadium juga.

“Saya rasa paling awal kita akan lihat mungkin pada Piala FA (2023). Mungkin separuh akhir atau final kita akan lihat perkara lain kerana pengadil kita perlu dilatih terlebih dahulu yang mungkin ambil masa enam bulan.

“Selain itu kita juga perlu dapat kelulusan FIFA. Jadi setakat ini kami tidak boleh janji bila kerana ia melibatkan banyak perkara,” katanya.

Sebelum ini, penggunaan teknologi VAR pertama kali digunakan di Malaysia pada perlawanan akhir Piala AFC antara KL City FC dan kelab Oman, Al-Seeb, di Stadium Nasional Bukit Jalil, 22 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya