Piala Dunia 2022 buka tirai dengan gemilang

Piala Dunia 2022 buka tirai dengan gemilang

PIALA Dunia 2022 dibuka secara rasmi di Stadium Al-Bayt, Al Khor, malam ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Selepas bertahun-tahun melakukan persiapan, kejohanan bola sepak terulung yang amat dinantikan akhirnya membuka tirai malam ini dengan upacara pembukaan gilang, diikuti perlawanan ‘perasmian’ antara pasukan tuan rumah, Qatar menentang Ecuador di Stadium Al Bayt.

Morgan Freeman memulakan upacara pembukaan edisi ke-22 Piala Dunia di hadapan kerabat diraja negara itu dan orang-orang kenamaan.

Pelakon veteran itu menceritakan segmen pembukaan acara bertajuk ‘The Calling’, memberitahu penonton bahawa ‘kami berkumpul di sini dalam kumpulan besar’.

Morgan Freeman (kiri_ dan YouTuber Qatar, Ghanim al Muftah turut terlibat dalam Piala Dunia 2022. – AFP

Anggota kumpulan pop terkenal Korea Selatan, BTS, Jung Kook turut membuat persembahan di depan ribuan penonton.

Tuan rumah yang membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia memulakan perlawanan bersejarah mereka dengan aksi goyah, dan dihukum oleh gol awal kapten Ecuador, Enner Valencia seawal minit ketiga.

Mereka bernasib baik jaringan itu dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid, namun pada minit ke-17, Valencia memastikan pasukannya benar-benar mendahului apabila menyempurnakan sepakan penalti.

GOL pembukaan Ecuador yang disempurnakan Enner Valencia (tengah) dibatalkan.

Sebanyak 32 pasukan berentap bermula hari ini sehingga 18 Disember untuk merebut trofi yang menjadi buruan pemain-pemain bola sepak terbaik dunia.

Brazil yang memegang rekod selaku juara lima kali menjadi pilihan utama untuk merampas kejuaraan bersama Argentina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.