Piala Agong: Selangor benam Pulau Pinang untuk hidupkan peluang

Piala Agong: Selangor kembali hidupkan peluang dengan membenam Pulau Pinang

Skuad ragbi Selangor meraikan kejayaan menumpaskan Pulau Pinang di padang UiTM Shah Alam sebentar tadi. Foto: Kesatuan Ragbi Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad ragbi Selangor bangkit daripada kekalahan besar kepada Putrajaya dalam perlawanan pembukaan kumpulan C Kejohanan Ragbi Piala Agong tempohari dengan membenam Pulau Pinang 38-33 dalam aksi yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sebentar tadi.

Bagi penggendali pasukan Selangor, Zamri Abd Kahar, ia keputusan yang melegakan dalam usaha mereka untuk menghidupkan peluang memburu tiket ke suku akhir.

Selangor kini berada di kedudukan ketiga kumpulan, namun berkongsi mata dengan Pulau Pinang dengan mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan, sambil Putrajaya terus gah di puncak dengan enam mata selepas membenam Sarawak dengan keputusan 106-10.

Bagaimanapun, Selangor bakal bertandang ke Kuching pada Sabtu ini tanpa kehadiran dua pemain import Lee Chapman dan dan Samuel Jackson.

“Perlawanan pertama tempohari, kami sedar memang sukar nak bersaing dengan Putrajaya yang dibarisi hampir keseluruhan pemain kebangsaan, jadi kami lupakan apa yang telah berlaku dan mula semula menentang Pulau Pinang.

“Kami membuat sudah kaji gaya permainan lawan, dan membuat persiapan rapi, dan syukur dan memberi tentangan sengit dan menang dalam perlawanan ini, sekaligus peluang kami masih terbuka untuk ke pusingan seterusnya,” jelas Zamri.

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tumpaskan Negeri Sembila 44-10 bagi aksi kumpulan B, manakala Johor pula membelasah Melaka 97-7 dalam kumpulan A.

Persaingan semakin rancak membabitkan kumpula D apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan Kuala Lumpur 21-18, sementara Perlis pula melakar kemenangan sulung dengan menumpaskan Kelantan 19-12. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya