Perak, Kedah ‘digantung’, denda RM10,000

Perak, Kedah ‘digantung’, denda RM10,000

PENARIKAN diri Perak dan Kedah dalam Piala Agong bakal mengundang padah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Perak dan Kedah menarik diri pada saat akhir daripada kejohanan ragbi Piala Agong yang akan membuka tirai, Sabtu ini bakal mengundang padah apabila didenda RM10,000 serta penggantungan daripada menyertai saingan itu tahun depan.

Pengarah Kejohanan, Fahmy Jalil mengesahkan pihaknya sudah pun mengutuskan surat makluman kepada Kesatuan Ragbi Perak dan Kesatuan Ragbi Kedah semalam dan mereka diberikan tempoh tujuh hari untuk menjawab dan membuat rayuan.

Bagaimanapun, Labuan dan Sabah terlepas daripada didenda kerana mereka dari awal memaklumkan tidak akan mengambil bahagian dalam edisi tahun ini.

FAHMY JALIL

Ketiadaan Perak dilihat satu kerugian memandangkan pasukan itu pernah dinobat sebagai juara ketika edisi 2016.

“Keputusan ini se­pakat dibuat oleh semua 18 ahli gabungan ketika Mesyuarat Agung Tahunan dan seminar pengurusan Kesatuan Ragbi Malaysia di Kuala Lumpur pada 24 September lalu, di mana mana-mana pasukan yang menarik diri akan didenda sebanyak RM 10,000 dan tidak dibenarkan bertanding untuk edisi berikutnya.

“Kita sudah buat semua perancangan, begitu juga dengan pasukan-pasukan bertanding, jadi bila ada pasukan yang menarik diri, ia tidak adil untuk pasukan lain, ambil contoh Perak yang sepatutnya berlawan dengan Angkatan Tentera Malaysia Sabtu ini di Ipoh, jadi apabila Perak tarik diri, ia menyusahkan pasukan yang sudah membuat tempahan hotel dan sebagainya,” jelas Fahmy yang dihubungi Utusan Malaysia.

Kata Fahmy, pihaknya juga telah memutuskan untuk tidak membuat undian semula sebaliknya meneruskan pertandingan biarpun hanya berbaki 14 pasukan sahaja.
Juara Piala Agong 2022 bakal membawa pulang trofi dan wang kemenangan RM20,000, sementara naib juara pula menikmati RM15,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.