Peminat Qatar keluar awal, mirip situasi Manchester United dibelasah Liverpool

Peminat Qatar keluar awal, mirip situasi Manchester United dibelasah Liverpool

Penyokong Qatar meninggalkan stadium selepas tuan rumah ketinggalan 2-0 kepada Ecuador dalam perlawanan pembukaan kumpulan A Piala Dunia. Foto: CNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Permulaan kurang sempurna buat tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar apabila dibenam pasukan Amerika Selatan, Ecuador dalam perlawanan pembukaan kumpulan A pada awal pagi tadi yang menyaksikan penyokong tuan rumah beramai-ramai meninggalkan stadium pada separuh masa kedua.

Situasi ini seakan Manchester United dibelasah Liverpool 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris tahun lalu di Old Trafford.

Sebanyak 67,000 penonton membanjiri Stadium Al Bayt, bagaimanapun jumlah itu makin berkurangan selepas Ecuador meledak dua gol menerusi kapten pasukan, Ener Valencia.

Insiden itu jelas apabila ribuan penonton tuan rumah yang memakai jubah putih tidak lagi kelihatan di separuh masa kedua permainan, dan banyak kerusi kosong kelihatan di dalam stadium.

Ini merupakan kekalahan memalukan buat Qatar kerana selama 92 tahun penganjuran Piala Dunia, tidak ada lagi tuan rumah yang tewas dalam perlawanan pembukaan.

Qatar berpeluang untuk menebus kekalahan ini apabila bakal menentang juara Piala Negara-Negara Afrika, Senegal pada Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.