Pemain Manchester United mahu Ronaldo 'ditendang' keluar

Pemain Manchester United mahu Ronaldo ‘ditendang’ keluar

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo telah membakar hubungannya dengan pemain Manchester United yang lain selepas mengkritik kelab dan pengurus Erik ten Hag dalam temu bual baru-baru ini.

Menurut akhbar Daily Mail, perasaan dalam kalangan skuad ketika ini adalah lebih baik jika United mencari jalan menyingkirkan kapten Portugal itu yang kini bermain  untuk negaranya pada Piala Dunia dan tidak mahu dia kembali ke Old Trafford.

Malah, United juga bertindak menurunkan poster besar Ronaldo di Old Trafford.

Suasana tidak akan bertambah baik selepas Ronaldo memberi wawancara ‘panas’ dengan Piers Morgan, Rabu lalu, di mana dia mengkritik sikap pemain muda United dan berkata  hanya rakan sepasukannya di Portugal, Diogo Dalot yang ditakdirkan untuk kerjaya yang panjang di atas.

“Keinginan mereka (berbeza). Saya fikir mereka mempunyai perkara yang lebih mudah, semuanya mudah, mereka tidak menderita – dan mereka tidak ambil kisah.

“Jika anda memberitahu saya apa yang saya lihat di Manchester United, saya boleh menyebut kemungkinan Diogo Dalot.

“Dia masih muda tetapi dia sangat profesional dan saya tidak ragu-ragu bahawa dia akan mempunyai kerjaya panjang dalam bola sepak,” kata Ronaldo.

Rakan sepasukan Ronaldo di United bagaimanapun percaya bahawa pemain berusia 37 tahun itu mengkhianati Ten Hag dan kelab susulan kritikan lantangnya dalam wawancara berkenaan.

“Jelas sekali ia memberi kesan kepada kami.

“Kami mengikuti apa yang berlaku. Kami cuba menenangkan keadaan dengan cara kami sendiri dan tidak terlalu terbabit dalam perkara itu.

“Apabila ia membabitkan bintang seperti Cristiano, kami cuba menjarakkan diri. Ia bermakna kami tidak cuba mengubah keadaan seorang diri, kami sebahagian daripada pasukan.

“Apa yang saya mahu adalah yang terbaik untuk pasukan, jadi apa sahaja keputusan yang dicapai kelab, kami akan terima,” kata pertahanan United, Raphael Varane.

Selepas Ronaldo menandatangani kontrak musim panas lalu, dengan harapan bintang Portugal itu akan membawa United ke tahap yang lebih tinggi, pengendali dari Norway itu dipecat susulan permulaan musim yang buruk.

“Saya suka Solskjaer. Saya fikir dia individu yang terbaik,” Ronaldo memaklumkan kepada Morgan di TalkTV.

“Jurulatih? Sudah tentu, dia tidak mencari apa yang dia mahu. Sukar untuk mengandaikan yang terbaik selepas Sir Alex Ferguson, tetapi saya fikir dia melakukan kerja yang bagus dan dia memerlukan lebih banyak masa.

“Tetapi saya pasti dia akan menjadi jurulatih yang bagus pada masa depan. Ia adalah pengalaman yang baik. Saya sangat gembira bekerja untuknya, walaupun dalam tempoh yang singkat.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.