Mbappe kecewa tukar posisi lagi

Mbappe kecewa tukar posisi lagi

PENGURUS PSG, Christophe Galtier (kiri) memberi arahan kepada Kylian Mbappe dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus di Turin, Itali semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Kylian Mbappe me­negaskan, pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier adalah individu yang menukar posisi asalnya kepada pemain No. 9 (pe­nyerang tengah).

Posisi kegemaran Mbappe sebelum ini adalah sayap kiri dan dia pernah memuatkan naik status tidak puas hati dalam laman sosial berkenaan pe­ranan baharu tersebut dengan tanda pagar #pivotgang.

Bagaimanapun, keputusan Galtier nyata tepat apabila bintang PSG itu berjaya menyumbang dua gol ketika PSG menjinakkan Juventus 2-1 di Turin semalam.

“Jurulatih membuat keputusan menukar sistem dan meletakkan saya di situ. Saya hanya bermain dan cuba beri yang terbaik.

“Sekarang masanya untuk memberi fokus kepada Piala Dunia. Ia piala yang diimpikan dan orang ramai tidak akan me­nyalahkan anda jika terlalu memikirkan perkara itu,” katanya.

Kemenangan itu bagaima­napun gagal membawa PSG mara selaku juara Kumpulan H biarpun terikat 14 mata de­ngan Benfica kerana dibezakan oleh jumlah gol.

Kelab Portugal itu muncul juara kumpulan selepas membelasah Maccabi 6-1, dan memiliki kelebihan apabila meledak lebih banyak jaringan di tempat lawan dengan sembilan gol berbanding PSG enam.

PSG dijangka berdepan berdepan sama ada Real Madrid, Manchester City, Tottenham, Chelsea, Bayern Munich, Porto atau Napoli.

“Tidak kisah berdepan de­ngan mana-mana kelab kerana inilah pertandingan Liga Juara-Juara, kami telah melalui perjalanan yang luar biasa,” kata Galtier. ­­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya