Manchester City, Liverpool berentap awal dalam Piala Liga

Manchester City, Liverpool berentap awal dalam Piala Liga

MANCHESTER City diundi menentang Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara bertahan, Liverpool dan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan berentap awal dalam Piala Liga selepas diundi bersama pada pusingan keempat di Stadium Etihad bulan depan.

City mengesahkan tiket ke pusingan 16 akhir selepas menewaskan Chelsea 2-0 semalam.

Reds yang membariskan skuad kedua pula dipaksa berhempas pulas menyingkirkan Derby County menerusi sepakan penalti 3-2 selepas permainan terikat 0-0.

Sementara itu, kemenangan 4-2 ke atas Aston Villa hari ini membolehkan Manchester United meneruskan kemaraan untuk menentang Burnley bulan depan.

Pusingan 16 akhir Piala Liga akan diadakan pada Disember dengan tarikh yang tidak pasti.

Liverpool menewaskan Chelsea menerusi sepakan penalti 11-10 ketika muncul juara musim lalu.

Pemenang Piala Liga musim ini akan layak ke playoff Liga Konferensi Europa 2023/2024. – AGENSI

UNDIAN PUSINGAN KEEMPAT PIALA LIGA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya