Malaysia jumpa musuh lama, Thailand di final Piala Dunia

Malaysia jumpa musuh lama, Thailand di final Piala Dunia

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Korea Selatan pada separuh akhir Piala Dunia di Korea Selatan hari ini. - IHSAN MASTAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal berdepan ujian getir musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir regu lelaki kejohanan sepak takraw Piala Dunia Istaf 2022 di Daejeon, Korea Selatan, esok.

Skuad negara mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Korea Selatan 21-10, 21-15 pada peringkat empat terbaik hari ini.

Pengurus skuad kebangsaan yang juga merangkap pengarah teknikal, Azhar Sarbini berkata, dia masih mengekalkan strategi sama sewaktu menentang Korea Selatan dengan menurunkan tiga tonggaknya, Mohammad Syahir Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias.

“Untuk pertemuan menentang Thailand, esok, pukul 11 pagi kita punya strategi masih kekalkan regu utama kita. Perancangan kita ialah untuk membina satu regu yang mantap.

“Jadi, proses pembinaan regu yang pertama, ia membuahkan hasil dan siri untuk pembinaan regu yang kedua, kita akan buat pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Azhar memberitahu, buat masa ini, perancangannya ialah untuk menurunkan tiga nama besar tersebut terlebih dahulu bertemu Thailand.

Penampilan Malaysia pada Piala Dunia kali ini telah dilakukan dengan lebih rapi selepas para pemain yang terpilih mewakili negara turut dipersiapkan dengan latihan ala ketenteraan yang dilaksanakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Pemilihan pemain berpengalaman yang di bawa ke Korea Selatan juga antara usaha skuad sepak takraw mengelak aksi buruk pada Piala Raja Thai, September lalu tidak berulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya