KL tidak takut jumpa Terengganu

KL tidak takut jumpa Terengganu

KL City mahu mengulangi magis Piala AFC dan Piala Malaysia 2021 apabila menerima kunjungan pasukan yang kini berada pada prestasi terbaik, Terengganu FC dalam suku akhir pertama Piala Malaysia di Cheras malam ini. – IHSAN KUALA LUMPUR CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rekod sembilan kemenangan berturut-turut Terengganu FC, termasuk me­numpaskan Kuala Lumpur City (KL City) 2-1 di Cheras pada 11 Oktober lalu tidak menggusarkan Bojan Hodak apabila bertemu Penyu sekali lagi pada suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Hodak percaya, banyak pe­ngalaman telah dikutip pemainnya selepas berjaya ke final Piala AFC dan menerima kunjungan Penyu buat kali ketiga musim ini dengan permainan berbeza.

Terkenal sebagai pakar taktikal, jurulatih dari Croatia itu mengakui, Terengganu pasukan terbaik dalam Liga Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim, namun KL yang turun selaku juara bertahan juga harus dihormati.

“Selain JDT, Terengganu pasukan terbaik di Malaysia dan sudah pasti perlawanan akan berlangsung sengit. Apa pun rintangan, kami tetap memberi tentangan.

“Saya tidak boleh beritahu (pemain yang berdepan masalah prestasi) kerana nanti Terengganu akan serang di sebelah pemain itu.

“Mungkin ia disebabkan mereka terlalu banyak beraksi dan sukar untuk mengekalkan prestasi terbaik sepanjang musim.

“Ini perkara biasa kerana tidak ada sesiapa pun dalam dunia ini mampu capai aksi terbaik sepanjang musim,” kata Hodak.

KL City hanya berdepan kelab Liga Perdana, PDRM FC pada pusingan 16 akhir, di mana mereka menang secara agregat 4-0.

Terengganu sebaliknya membenam lawan dari ­Liga ­Super, Sri Pahang menerusi agregat 9-3, ­termasuk membelasah Tok Gajah 5-1 dalam perlawanan pertama di Kuantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya