MHC sasar Malaysia ke separuh akhir Piala Negara-Negara

MHC sasar Malaysia ke separuh akhir Piala Negara-Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meletakkan sasaran buat  Malaysian Tigers untuk layak ke separuh akhir Piala Negara-Negara yang akan berlangsung di Pochefstroom, Afrika Selatan 28 November depan, biarpun Malaysia bakal membuat penampilan sulung di kejohanan itu.

Sasaran itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak dalam satu sidang media yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Seramai 20 pemain telah pun dipilih termasuk empat pemain baru yang tidak beraksi di Piala Sultan Azlan Shah tempohari, iaitu penjaga gol, Andy Albert, Syarman Mat Tee, Ramadan Rosli serta faizal Saari yang baru sahaja pulang daripada kelab hoki Belanda, ZSV Schaerweijde.

Bagi Najmi, sasaran itu dianggap realistik biarpun atas kertas Malaysia merupakan pasukan yang mempunyai ranking tertinggi dalam kalangan lapan pasukan bertanding, iaitu di tangga ke 10 dunia.

“KHM ingin lihat pasukan ini layak ke separuh akhir dulu, untuk menjuarai kumpulan. Selepas itu perlawanan akan bertukar, jadi setakat ini kami sasarkan separuh akhir dahulu jika semuanya berjalan dengan lancar.

“Seperti yang anda lihat ketika Piala Sultan Azlan Shah, kita tidak bermula dengan baik tapi akhirnya dengan semangat juang tinggi dan arahan yang diikuti, tempo dan nasib bertukar, pemain juga sudah sedar kalau kita kalah tak semestinya kita kalah sampai habis, kalau kita menang tak semestinya kita menang sampai juara,

“Itu pengajaran yang paling baik sebab saya beritahu kepada pemain untuk belajar daripada apa yang berlaku di Sukan Asia dan Piala Asia, di mana kita bermula dengan baik tetapi tidak menjadi juara,” jelas Najmi.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan B, bakal membuat perhitungan semula dengan Korea Selatan, Jepun serta Kanada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya