Kemarau 25 tahun Selangor berakhir - Utusan Malaysia

Kemarau 25 tahun Selangor berakhir

Selangor meraih kejuaraan PERR selepas menewaskan PDRM, 3-2.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selangor menamatkan kemarau 25 tahun apabila berjaya menjulang Piala Emas Raja Raja (PERR) selepas menewaskan PDRM, 3-2 pada aksi final yang berlangsung cukup dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, sebentar tadi..

Kejayaan itu bukan saja mengulangi pencapaian musim 1997, malah ia dilihat cukup istimewa kerana ia adalah saingan edisi ke-100 tahun pada musim ini.

Bagi PDRM mereka terpaksa pulang hampa serta meneruskan badi tidak pernah menjuarai Piala Emas Raja Raja

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, Selangor tidak menunggu lama apabila Muhammad Adim Muzahhir meletakkan pasukan didepan seawal minit ketiga selepas menyempyrnakan hantaran lintang lintang Alif Daniel.

Tersentak dengan gol tersebut, PDRM memperkemaskan corak permainan dalam usaha memburu gol penyamaan dan terhasil menerusi percubaan jarak jauh Mohamad Fakrullah tepat menemui jaring bagi menewaskan penjaga gol Selangor, Muhammad Aizul Hakim pada minit ke-23.

Bersambung babak kedua, skuad Sang Saka Biru berjaya menambah gol kedua di minit 59 hasil sentuhan Muhammad Eskandar Ismail untuk meletakkan PDRM memimpin aksi perlawanan.

Selangor yang dibimbing Shaiful Nizam Ab Khamis tidak patah semangat dan kembali menyamakan kedudukan 2-2 apabila sepakan percuma pemain gantian Muhammad Amirul Haziq cantik menerjah jaring pada minit ke 73.

Berakhir 90 minit aksi menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan dan penyerang gantian Nazrin Mohamad Nasir muncul wira dengan meledak gol di babak kedua masa tambahan sekaligus menghadiahkan kejuaraan buat Selangor. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.