Kecederaan Son resahkan Korea Selatan

Kecederaan Son resahkan Korea Selatan

SON Heung-min mengalami gegaran kepala selepas berlaga dengan pertahanan Marseille, Chancel Mbemba dalam aksi Liga Juara-Juara di Stade Velodrome, Marseille semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kebimbangan menyelubungi bintang Korea Selatan, Son Heung-min kurang tiga minggu menjelang Piala Dunia selepas dikeluarkan ketika Tottenham menum­paskan Marseille 2-1 semalam, sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya beraksi selama 24 minit di selatan Perancis selepas mengalami kecederaan kepala akibat berlaga dengan bek tengah tuan rumah, Chancel Mbemba ketika berebut bola.

Heung-min mengambil masa empat minit sebelum berjalan ke terowong dan diganti oleh pemain antarabangsa Mali, Yves Bissouma yang menyaksikan Tottenham menukar sistem dari 3-4-1-2 kepada 3-5-2.

Ketika Piala Dunia akan membuka tirai di Qatar pada 20 November ini, situasi Heung-min tamparan hebat buat Korea Selatan yang meletakkan sasaran suku akhir.

Diundi dalam kumpulan sukar bersama Portugal, Ghana dan Uruguay, Korea Selatan amat menagih pengalaman bintang penyerang Tottenham itu bagi memenuhi sasaran.

Ketika ditanya mengenai kecederaan Heung-min, pembantu jurulatih Tottenham, Cristian Stellini berkata, mereka belum pasti seserius mana keadaan pemain itu.

“Kami perlu menunggu penilaian perubatan, dan kami perlu menunggu sehingga esok untuk mengetahui situasi sebenar.

“Sonny (Heung-min) berasa lebih baik sekarang. Saya melihat dia dalam bilik persalinan dan meraikan kemenangan bersama pasukan.

“Apa pun, kita kena tunggu sehingga esok,” kata Stellini. ­– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya