Kalah bukan sebab krisis tetapi set piece – Nafuzi

Kalah bukan sebab krisis tetapi set piece – Nafuzi

REAKSI Nafuzi Zain ketika mengendalikan perlawanan Terengganu FC menentang Selangor pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Petaling Jaya kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekalahan 3-1 kepada Selangor FC pada separuh akhir pertama Piala Malaysia kelmarin tiada kaitan dengan pergolakan dalam pengurusan Terengganu FC.

Ketua jurulatih Penyu, Nafuzi Zain sebaliknya me­negaskan, pemain Selangor ­memiliki kua­liti, terutama dalam situasi bola mati (set piece).

Beliau optimis Terengganu mampu mara ke final dan bangkit pada aksi kedua di Gong Badak, Isnin depan.

“Daripada segi perlawanan, pemain kita bermain baik walaupun beraksi di Selangor cuma kelekaan kami menyebabkan bolos tiga gol menerusi sepakan sudut.

“Saya sendiri terkejut de­ngan set piece (Selangor), sudah ba­nyak perlawanan kita tidak tewas disebabkan set piece, tidak bolos disebabkan set piece, malam ini kita tewas 3-1 kerana set piece.

“Kami ada 90 minit di Terengganu dan akan buat yang terbaik. Kita tahu kualiti yang ada pada Selangor, hantaran (Herlison) Caion (penyerang import Red Giants).

“Pertahanan, Selangor memperoleh kelebihan daripada kelemahan Terengganu.

“Daripada segi prestasi pemain sama sahaja. Cuma kami tidak menjaringkan gol dan kami tewas,” katanya.

Ia akan menjadi musim ter­akhir Nafuzi bersama Terengganu selepas menolak tawaran lanjutan kontrak dan dijangka menyertai Kedah musim depan.

Terengganu akan melayani kunjungan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada untuk separuh akhir kedua Piala Malaysia.

FAISAL Halim (kanan) bersaing dengan Mukhairi Ajmal Mahadi pada separuh akhir Piala Malaysia kelmarin.

Dalam pada itu, pemain sayap Terengganu, Faisal Halim memberitahu bahawa dia tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Selangor FC.

“Saya tidak ada tandatangan apa-apa dengan Selangor. Kalau betul saya dah tandatangan (bulan enam lalu), saya dah tak bermain lawan Selangor dan jaringkan gol bertemu mereka.

“Fokus saya kini membantu Terengganu layak ke final Piala Malaysia dan saya dan rakan sepasukan akan cuba beri yang terbaik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya