Jerman kena 'penampar Jepun'

Jerman kena ‘penampar’ Jepun 2-1

Pemain tengah Jepun, Ritsu Doan (kanan) meraikan gol penyamaan menentang Jerman di Stadium Antarabangsa Khalifa di Piala Dunia (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Skuad kendalian Hajime Moriyasu memulakan kempen Piala Dunia kali ini dengan cemerlang apabila menumbangkan juara empat kali, Jerman dengan keputusan 2-1 dalam aksi Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi.

Awal permainan menyaksikan perlawanan seimbang apabila kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata untuk menjaringkan gol.

Bagaimanapun kesilapan dilakukan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda menjatuhkan David Raum dalam kawasan penalti dan Ilkay Gundogan tidak menghadapi masalah untuk meletakkan Jerman 1-0 di hadapan pada minit ke 33.

Aksi di babak kedua semakin rancak apabila Jepun lebih agresif dan usaha mereka berhasil apabila pemain gantian Ritsu Doan mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke 75.

Belum sempat Jerman memperkemaskan strategi, Takuma Asano berjaya membawa bola dan merembat kencang untuk menewaskan Manuel Neuer pada minit ke 83 sekaligus meletakkan Jepun di hadapan dengan keputusan 2-1, dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Ini merupakan kejutan kedua dalam edisi Piala Dunia kali ini selepas Arab Saudi menewaskan Argentina semalam dengan keputusan 2-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.