JDT menang, 'rahmat' buat Sabah FC

JDT menang, ‘rahmat’ buat Sabah FC

SABAH FC layak ke Piala AFC 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia 2022 turut memberi ‘rahmat’ kepada Sabah FC apabila membuka laluan kepada skuad Sang Badak beraksi dalam Piala AFC musim depan.

Sabah mengharapkan Selangor tumpas kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk membolehkan mereka meraih slot terakhir dari Malaysia ke saingan kelas kedua Liga Asia itu.

Selangor bermula garang dan tampak berada di kedudukan baik untuk menjulang Piala Malaysia, sekali gus menyambar tiket Piala AFC selepas mendahului menerusi sepakan penalti Herlison Caion pada minit ke-45.

Begitupun, jaringan Bergson da Silva di mini ke-45, diikuti gol Fernando Forestieri memastikan kemenangan Harimau Selatan.

JDT yang sebelum ini bergelar juara Liga Super buat musim kesembilan berturut-turut akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia musim depan.

Sabah FC yang menghuni tangga ketiga Liga Super akan mengiringi naib juara, Terengganu FC bersaing dalam Piala AFC. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.