Jaringan lewat Haaland selamat maruah City atasi Fulham 2-1

Jaringan lewat Haaland selamat maruah City atasi Fulham 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pasukan kendalian Pep Guardiola kembali memintas Arsenal di puncak bagi perebutan juara Liga Perdana Inggeris setelah melakar kemenangan dramatik sebentar tadi untuk menafikan hasrat pelawat, Fulham untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di Stadium Etihad.

City bermula dengan baik apabila pemain Argentina, Julian Alvarez meletakkan tuan rumah di hadapan selepas menyambut baik hantaran daripada Ilkay Gundogan pada minit ke 17 untuk menewaskan penjaga gol Fulham, Bernd Leno.

John Stones kemudian cuba untuk menjadikan kedudukan menjadi dua kosong pada minit ke 24, bagaimanapun pengadil perlawanan tidak membenarkan jaringan tersebut setelah mendapati Stones berada dalam kedudukan offsaid.

Kurang 54 saat sahaja daripada insiden tersebut berlaku, drama kian menyelubungi perlawanan ini apabila berpunca daripada satu gerakan balas yang dilancar Fulham, pemain City, Joao Cancelo tiada pilihan apabila terpaksa membuat hadangan keras ke atas Harry Wilson dalam kawasan kotak penalti, sekaligus dia dilayangkan kad merah untuk meninggalkan City beraksi dengan 10 pemain.

Andreas Pereira tidak mensia-siakan peluang keemasan untuk menyumbat gol daripada sepakan penalti pada minit 25 sekaligus mengikat kedudukan menjadi 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

City meningkatkan asakan di babak kedua permainan, dengan memasukan ayam tambatannya, Erling Haaland untuk mencari gol kemenangan.

Percaturan itu hampir membuahkan hasil pada minit ke 74 apabila Haaland melompat tinggi untuk menanduk bola ke gawang Fulham, bagaimanapun jaringan City sekali lagi dinafikan setelah Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati pemain Norway itu berada dalam kedudukan offsaid.

Penantian City akhirnya berakhir apabila perlawanan memasuki masa tambahan setelah pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti susulan tindakan pertahanan Fulham, Antonee Robinson menjatuhkan Kevin de Bruyne.

Haaland yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Leno bagi mengumpul gol ke 18 musim ini sekaligus memastikan City meraih tiga mata dalam perlawanan ini – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya