fbpx

Bintang Al-Nassr mesti lepaskan jersi No.7 kepada Ronaldo

RIYADH: Penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan akan menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak bernilai 432 juta pound sejurus selepas Piala Dunia Qatar berakhir.

Pemain berusia 37 tahun itu kini mencari pasukan baru setelah disingkirkan Manchester United minggu lalu gara-gara temubual kontroversinya bersama Piers Morgan awal bulan mendedahkan kepincangan kem Red Devils serta merasakan dirinya dikhinati di kelab berkenaan.

Ronaldo yang masih mempunyai baki kontrak selama tujuh bulan bersama United bernilai 500,000 pound seminggu tidak menerima sebarang pampasan daripada bekas majikannya itu.

Bagaimanapun, Ronaldo tidak perlu menunggu lama untuk menjadi penggangur apabila rundingan bersama Al Nasser dijangka akan dimeterai, dengan tawaran tambahan memberikan jersi bernombor tujuh, yang kini digunakan Jaloliddin Masharipov kepada pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

Jersi nombor tujuh amat sinonim dengan Ronaldo sejak memulakan karier di Manchester United dan penggunaanya diteruskan ketika berkhidmat di Real Madrid dan Juventus serta skuad kebangsaan.

Ronaldo sebelum ini masih mahu kekal beraksi di Eropah bagi meneruskan rekod cemerlangnya di pentas Liga Juara-Juara Eropah, namun seterunya, Lionel Messi dijangka akan berpindah ke Amerika Syarikat dengan menyertai Inter Miami, menyaksikan Ronaldo kembali mengubah fikiran.

Ronaldo dijangka akan membantu Portugal yang sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 untuk mengharungi perlawanan terakhir kumpulan H menentang Korea Selatan pada Jumaat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN