Zidane bakal kembali melatih pasukan

Zidane bakal kembali melatih pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Legenda Perancis dan Real Madrid, Zinedine Zidane memberi bayangan akan kembali melatih dalam masa terdekat.

Berita itu timbul di tengah-tengah spekulasi dia akan menggantikan Didier Deschamps sebagai pengurus baharu Perancis.

Pernah membimbing Real menjulang Liga Juara-Juara tiga, Zidane tidak melatih mana-mana pasukan sejak meninggalkan tugas Los Blancos pada 2021.

Selain skuad kebangsaan Perancis, legenda berusia 50 tahun itu turut dikaitkan dengan Juventus dan Paris Saint-Germain.

“Adakah saya rindu bergelar jurulatih? Buat masa ini, kami menunggu, kami menunggu tempoh yang singkat. Tidak lama lagi, tidak lama lagi,” katanya kepada RMC Sport.

Zidane turut bercakap mengenai Piala Dunia 2022 di Qatar, di mana Perancis turun dengan misi mempertahankan gelaran yang dimenangi empat tahun lalu.

“Saya rasa kita perlu mengetepikan kontroversi (dia akan mengambil alih tugas pengurus) dan memberi ruang untuk perlawanan sertaPiala Dunia,”katanya.

Les Bleus akan memulakan kempen dengan menentang Australia pada 22 November.

Mereka juga diundi bersama Denmark dan Tunisia dalam Kumpulan D. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya