Terengganu ke Piala AFC, naib juara Liga Super

Terengganu ke Piala AFC, naib juara Liga Super

TERENGGANU FC mengorak langkah besar untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas membenam Sri Pahang 5-1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) menutup kempen Liga Super musim ini dengan kekalahan kelima berturut-turut apabila sekali lagi tumpas di tangan Terengganu FC (TFC) 1-3 di Stadium Darul Aman, malam ini.

Kemenangan diraih anak-anak buah Nafuzi Zain itu juga bermakna Sang Penyu berjaya layak ke saingan AFC musim depan selaku naib juara liga setelah Sabah FC tunduk 3-0 kepada JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Seawal minit pertama, benteng Sang Kenari terlebih dulu merima ancaman apabila pertahanan mereka gagal menampan bola dengan kemas hingga terlepas ke kaki pemain kebangsaan, Mohd. Faisal Abdul Halim.

Mohd. Faisal menggunakan kepantasannya untuk membawa bola ke kawasan penalti namun tolakannya berjaya ditampan penjaga gol Kedah, Muhamad Ilham Amirullah Razali.

Hanya tiga minit berselang, Mohd. Faisal berjaya menghasilkan gol pertama perlawanan apabila rencana satu duanya dengan Petrus Shitembi berjaya melepasi kawalan pertahanan Kedah sebelum dia melakukan tolakan leret menewaskan Muhamad Ilham.

Minit ke-16, Sang Penyu terus mengganas apabila mereka menghasilkan gol kedua menerusi bekas pemain Kedah, Tchetche Kipre.

Gol itu terhasil apabila Kipre berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menyambar hantaran Shitembi sebelum melepaskan rembatan kencang dari dalam kotak penalti untuk menggegarkan jaring pasukan tuan rumah.

Segalanya selepas itu seakan tidak menjadi buat Kedah apabila serangan dihasilkan seakan langsung tidak mengundang bahaya manakala barisan pertahanan pula bergelut untuk mengekang asakan lawan.

Malah pintu gol mereka hampir dibocori buat kali ketiga pada minit ke-40 akibat kelemahan komunikasi antara pemain pertahanan, Mohd. Akmal Zahir dengan Muhamad Ilham yang menyaksikan bola tolakan ke belakang Mohd. Akmal, hampir menerjah gawang sendiri.

Memasuki babak kedua, TFC terus menguasai perlawanan biarpun Kedah membawa masuk dua pemain baharu, Mohammad Fayadh Zulkifli serta Mohamad Heshamudin Ahmad bagi menggantikan Mohamad Al-Hafiz Harun dan Muhammad Ariff Farhan Md. Isa.

Minit ke-52, tandukan pertahanan import Terengganu, Pape Diakite sedikit tersasar ke kanan gawang tuan rumah, manakala sepakan percuma Kipre, tidak jauh dari kotak penalti lawan pada minit ke-54 juga gagal menepati sasaran.

Serangan dilancarkan TFC pada minit ke-69 juga hampir membuahkan hasil, namun Mohd. Faizal gagal memanfaatkan peluang apabila rembatannya berjaya ditampan penjaga gol tuan rumah, walaupun kedua-dua mereka berada dalam kedudukan satu sama satu.

Derita Kedah bertambah pada minit ke-74 apabila Kipre yang juga ketua pasukan melepaskan rembatan deras dari dalam kotak penalti sebaik sahaja menerima hantaran pemain gantian, Mohd. Faiz Mohd. Nasir untuk gol ketiga Sang Penyu.

Minit ke-87, Kedah akhirnya mendapat gol saguhati apabila gerakan satu dua pemain import dari Ivory Coast, Dechi Marcel bersama Mahmoud Al-Mardi, membuka ruang buatnya melakukan rembatan dari dalam kotak penalti, sekali gus menewaskan penjaga gol TFC, Mohd. Suhaimi Husin untuk keputusan muktamad, 3-1 memihak kepada Sang Penyu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.