Supanon 2022 kembali selepas pandemik Covid-19 -

Supanon 2022 kembali selepas pandemik Covid-19

Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persatuan Badan Berkanun Malaysia (PBBM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menganjurkan Karnival Sukan Pantai Badan Berkanun Malaysia (Supanon) edisi ke-4 bermula pada 13 hingga 16 Oktober bertempat di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Pegawai Publisiti Supanon 2022, Shahrin Ismail, acara berkenaan merupakan acara sukan dwi-tahunan PBBM yang mana edisi pertamanya mula diperkenalkan pada tahun 2014 di Pantai Port Dickson dan tahun 2016 di Pantai Klebang, Melaka.

“Kali terakhir diadakan pada tahun 2018 di Pantai Chenang, Langkawi. Tahun 2020 Supanon ditangguhkan akibat wabak Covid-19 melanda negara.

“Sebanyak tujuh acara sukan di pertandingkan iaitu bola sepak pantai (lelaki), bola jaring pantai (wanita), tarik tali pantai (lelaki dan wanita), sepak takraw pantai senior (lelaki), sepak takraw pantai veteran (lelaki), bola tampar pantai 4’s (lelaki dan wanita) dan petanque beregu pantai (lelaki dan wanita).

“Seramai lebih 700 atlet dan pegawai serta sukarelawan akan berkampung di Port Dickson. Sebanyak 31 agensi yang terlibat dalam kejohanan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Shahrin berkata, antara agensi yang mengambil bahagian ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), UiTM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB), MPK (Majlis Perbandaran Klang), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), MADA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ISN, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan lain-lain agensi.

Katanya lagi, objektif penganjuran Supanon adalah bagi mengeratkan silaturahim di antara agensi-agensi yang berdaftar di bawah PBBM dan menggalakkan budaya bersukan di kalangan staf agensi Badan Berkanun serta mempertingkat kecemerlangan individu dalam sukan di kalangan staf Badan Berkanun.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah SUPANUN akan diadakan pada 16 Oktober bertempat di Pantai batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan bermula pukul 4 petang yang akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, merangkap Bendahari PBBM, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya