Ronaldo, Messi pun pernah berdepan krisis keyakinan

Ronaldo, Messi pun pernah berdepan krisis keyakinan

PEMAIN Liverpool kini berdepan isu keyakinan selepas menguni tangga kesembilan liga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp yang masih mencari formula untuk memulihkan prestasi Liverpool menegaskan, pemain sehebat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi juga tidak dapat lari daripada isu keyakinan diri.

Keputusan seri 3-3 dengan Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu selepas ketinggalan 0-2 di awal permainan menyerlahkan kelesuan Reds.

Liverpool kini menghuni tangga kesembilan liga selepas hanya menang dua kali daripada tujuh perlawanan dan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

CRISTIANO RONALDO

Klopp masih bersabar, tetapi sedar perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Rangers di tempat sendiri, awal pagi esok, cukup penting selepas Liverpool sudah tewas sekali dalam Kumpulan A.

“Orang akan bertanya, bagaimana boleh terjadi apabila kelompok pemain ini tidak cukup yakin.

“Ada anda fikir Cristiano Ronaldo (yang diletak sebagai pemain simpanan di Manchester United) ketika ini berada pada tahap keyakinan tertinggi dalam dirinya?

“Sejak beberapa tahun lalu, dia pemain terbaik di dunia tapi kini situasinya tidak sama lagi. Ia berlaku kepada semua orang.

JURGEN KLOPP

“Lionel Messi beraksi musim lalu (musim pertama di Paris Saint-Germain) apabila prestasinya tidak sama kerana perkara begini amat penting untuk kami dan anda perlu bekerja keras untuk mengatasinya.

“Anda perlu bertindak bagi memastikan langkah ke arah sepatutnya dan bersedia apabila saat itu berlaku semula dan itulah yang sedang kami lakukan,” kata jurulatih dari Jerman itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya