Ronaldo kecewa sering disisihkan

Ronaldo kecewa sering disisihkan

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Erik ten Hag mengakui, Cristiano Ronaldo kecewa kerana jarang diturunkan, ditambah pula dengan ketidakpastian mengenai masa depannya di Old Trafford.

Ronaldo, 37, hanya bermain satu perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini meskipun United menghadapi kekalahan 4-0 kepada Brentford pada 14 Ogos lalu.

Kapten Portugal itu langsung tidak beraksi dalam pertemuan sebandar menentang Manchester City, Ahad lalu yang menyaksikan mereka tumpas 6-3 di Etihad.

CRISTIANO Ronaldo sekadar memanaskan bangku simpanan ketika Manchester United tumbang 6-3 kepada Manchester City pada saingan Liga Perdana, Ahad lalu.

“Dia tidak gembira kerana tidak bermain pada Ahad. Ja­ngan salah faham. Bukan itu persoalannya.

“Persoalannya adalah, bagaimana dia amat kecewa bila tidak dapat bermain tetapi kekal gembira sepanjang latihan dalam ‘mood’ yang bagus,” kata Ten Hag.

United tewas dua daripada tiga aksi terakhir mereka dalam semua perlawanan iaitu kepada Real Sociedad dan City.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, United menghuni tangga keenam liga dengan 12 mata, sembilan mata ditinggalkan pendahulu, Arsenal.

Red Devils akan bertandang ke Goodison Park, Ahad ini untuk perlawanan kelapan liga menentang Everton.

Selepas kalah kepada City, Ronaldo diberitahu dia boleh meninggalkan kelab sebaik sahaja musim berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN