PARIS: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada penampilan pertama sejak keengganannya masuk sebagai pemain gantian minggu lalu untuk membantu Manchester United menundukkan Sheriff Tiraspol 3-0 dalam Liga Europa hari ini.
Pengurus United, Erik ten Hag menggugurkan kapten Portugal itu daripada aksi Liga Perdana menentang Chelsea, Sabtu lalu dan dia hanya dibenarkan kembali ke latihan skuad utama kelmarin.
Ronaldo diturunkan dalam kesebelasan utama bersama pemain sayap Argentina berusia 18 tahun, Alejandro Garnacho, yang membuat penampilan sulung sebagai pemain senior.
Bek kanan Red Devils, Dalot meletakkan pasukannya di depan seminit sebelum tamat babak pertama.
😴#MUFC || #UEL pic.twitter.com/hOvDE1KmAU
— Manchester United (@ManUtd) October 27, 2022
Marcus Rashford yang dibawa masuk pada separuh masa kedua menggandakan kedudukan ketika permainan berbaki 25 minit.
Ronaldo kemudian meledak gol ke-701 dalam kariernya bersama United, sembilan minit sebelum tamat perlawanan
Dalam satu lagi perlawanan, Arsenal, yang sudah mara ke pusingan 16 terakhir tewas buat pertama kali dalam peringkat kumpulan apabila tunduk 2-0 di PSV Eindhoven.
Pendahulu Liga Jerman, Union Berlin pula mengekalkan harapan untuk ke mara pusingan kalah mati hasil kemenangan 1-0 ke atas Braga. – AGENSI