Rasheed puas pahat sejarah bola sepak Oman

Rasheed puas pahat sejarah bola sepak Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan Al-Seeb merangkul Piala AFC 2022 memastikan mereka melakar sejarah bola sepak Oman, malah ia juga pencapaian terbesar buat Rasheed Jabar Alyafai.

Mengambil alih tugas daripada pengendali kelahiran Romania,  Eli Stan, September lalu kini dia muncul jurulatih pertama membawa kelab Oman muncul juara kelab Asia dalam sejarah.

Menyifatkan cabaran terbesar dihadapi sepanjang kempen Piala AFC ketika  peringkat separuh akhir, Rasheed kini mampu tersenyum apabila pasukannya menjulang Piala AFC pada edisi ke-19 dengan menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 3-0.

Kata Rasheed ini kejayaan terbesar dalam kariernya sebagai jurulatih dan berharap adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih gemilang buatnya dan juga kelab Al-Seeb.

“Saya tidak dapat menjelaskan apa yang saya rasakan kerana kami telah menunggu saat hebat ini selama 15 tahun. 

“Kami sudah bekerja keras sejak dari awal kejohanan dan para pemain menunjukkan aksi yang baik untuk membawa kami muncul juara buat kali pertama dan berharap ianya akan berterusan selepas ini.

“Pada saya titik tolak perubahan perlawanan ini adalah apabila penjaga gol kami berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari KL City dan selepas itu kami mula bergerak dan bermain dalam sistem kami dan gol pertama juga adalah penentu segalanya.

“Mereka juga mempunyai peluang tetapi kami tahu bagaimana mereka bermain dan kami tahu jika kami benarkan mereka mendapat ‘set pieces’ ia akan memberikan bahaya kepada kami.

“Bukan mudah untuk menjaringkan tiga gol menentang pasukan yang terkenal dengan pertahanan yang berdisiplin.

“Kejayaan ini adalah pencapaian terbaik dalam karier saya sebagai jurulatih dan saya sangat berbangga dapat memenangi kejuaraan Asia ini bersama kelab Al-Seeb,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya