PSG guna 'tentera siber' serang Mbappe di Twitter?

PSG guna ‘tentera siber’ serang Mbappe di Twitter?

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe menjadi subjek serangan dalam media sosial yang dipercayai diwujudkan oleh kelabnya sendiri, Paris Saint-Germain (PSG).

Pada 2019, Mbappe buat kali pertama menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab, dan sejak itu dia sering menjadi sasaran di media sosial.

Semalam, organisasi berita Perancis, Mediapart melaporkan PSG ­telah mengupah agensi luar untuk mencipta ‘tentera siber’ di Twitter bagi menentang media, personaliti kelab dan pe­nyerang muda mereka itu.

“Penyokong Paris sangat menyayangi anda, anda tahu itu. Anda telah menyampaikan mesej anda malam ini… jika anda boleh memberi tekanan di atas padang.

“Sekarang bekerja diam-diam dan berhati-hati. Tidak perlu terlalu banyak bercakap. Kami memerlukan respons di atas padang,” tulis pemilik akaun Twitter, Paname Squad yang disebut dalam laporan itu.

Ketika dihubungi oleh Mediapart, PSG menafikan membayar agensi untuk menyerang pemain mereka sendiri atau mana-mana individu serta organisasi.

“PSG menegaskan kelab tidak pernah membiayai agensi untuk membahayakan individu atau institusi,” kata kelab.

Tidak lama selepas penafian dibuat, PSG mengesahkan kepada RMC Sport mereka tidak bersalah.

“Adakah anda benar-benar fikir kami mengupah orang untuk menipu pemain kami sendiri? Ia tiada kaitan dengan kelab.

“Kami menghabiskan tahun lalu dengan memperbaharui kontrak Mbappe, perjanjian terbesar dalam sukan dunia dan melibatkan Presiden Macron.

“Anda fikir pada masa yang sama kami sengaja ‘mengenakannya’?” kata gergasi bola sepak Perancis itu.

Pada awal minggu ini, Mbappe, 23, dilaporlan telah berubah hati mengenai komitmennya kepada PSG.

Penyerang Perancis itu me­rasakan dirinya telah ‘di­khianati’ kerana kelab gagal mengotakan beberapa janji mereka sedangkan dia te­lah menolak tawaran untuk menyer­tai Real ­Mad­rid dan kekal di Paris.

Tidak di­ketahui sama ada per­kem­ba­ngan itu ada kaitan dengan dakwaan Mediapart tetapi dipercayai peluang Mbappe untuk menyertai Real semakin tipis.

PSG dikatakan tidak akan sesekali menjualnya kepada Real, sebaliknya hanya bersedia memulakan rundingan jika tawaran diterima daripada gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Reds sudah lama dikaitkan de­ngan Mbappe, namun dihalang oleh gaji pe­main itu yang ­sangat tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya