Piala Malaysia 2022: 16 pasukan bermula di peringkat kalah kali

Piala Malaysia 2022: 16 pasukan bermula di peringkat kalah mati

PIALA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Tiada aksi peringkat kumpulan dalam Piala Malaysia 2022, dan semua 16 pasukan akan diundi sesama sendiri dalam saingan kalah mati yang menggunakan format timbal balik.

Cuaca buruk yang dijangka melanda negara pada hujung tahun, selain jadual padat antara faktor  Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk menukar format kejohanan kerana amat sukar untuk mereka menangguhkan mana-mana perlawanan tahun ini.

“Pada 29 September 2022, MFL telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Meteorologi Malaysia yang memaklumkan bahawa akan berlaku hujan lebat pada bulan Oktober sehingga Disember 2022.

“Tambahan pula, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan peringatan bahawa akan berlaku fenomena air pasang besar yang akan menyebabkan berlakunya banjir hampir di seluruh negeri di Malaysia pada bulan-bulan akan datang.

“Jadual Liga Malaysia 2022 amat padat akibat penundaan beberapa perlawanan yang tidak dapat dielakkan pada awal musim 2022 disebabkan penularan Covid-19 bagi beberapa pasukan, termasuk beberapa kejohanan penting pasukan kebangsaan.

“Sehubungan itu, format Piala Malaysia 2022 akan mula dimainkan daripada 16 pasukan secara timbal balik sekali gus tiada perlawanan peringkat kumpulan pada tahun ini,” jelas MFL dalam satu kenyataan hari ini.

Musim ini, format Piala Malaysia 2022 akan menampilkan perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik diadakan secara timbal balik disusuli aksi suku akhir (timbal balik) dan perlawanan separuh akhir (timbal balik) dengan aksi final berlangsung di venue berkecuali pada 26 November 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya