Perak jalin kerjasama kelab Bundesliga, Wolfsburg FC

Perak jalin kerjasama kelab Bundesliga, Wolfsburg FC

(Dari kiri) CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, Naib Presiden Wolfsburg FC, Andreas Kruse dan wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew bergambar selepas memeterai perjanjian kerjasama di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC hampir pasti dicemburui apabila membuka satu lagi lembaran baharu dalam bola sepak Malaysia dengan menjalin perjanjian kerjasama bersama kelab Bundesliga, Wolfsburg FC.

Kerjasama membabitkan aspek pembangunan pemain belia, pertukaram teknologi dan penjualan barangan cenderahati itu ialah untuk selama setahun.

Perjanjian itu dimeterai antara Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi dengan Naib Presiden Kanan, Wolfsburg Andreas Kruse di pejabat Perak FC di Menara SSI, Ipoh hari ini.

Abdul Azim berkata, kerjasama itu sebagai satu mercu tanda dalam usaha mengembalikan kegemilangan Perak.

“Semoga kerjasama ini akan membuka lembaran baru dalam bola sepak Perak,” katanya.

Hadir pada majlis tersebut ialah bersama Naib Presiden Kanan Wolfsburg, Andreas Kruse.

Menurut Abdul Azim, kerjasama itu juga akan memberikan peluang kepada pasukan untuk menjalani sesi latihan pramusim bersama kelab yang kini menghuni tangga ke-13 dalam liga utama Jerman.

Barisan kejurulatihan Wolfsburg juga akan dibawa ke Perak untuk menurunkan ilmu kepada pemain berkaitan kaedah latihan bola sepak Eropah.

“Kami memilih untuk bekerjasama dengan Perak adalah kerana kelab ini bercita-cita tinggi dan mempunyai sejarah tersendiri seperti kami,” ujar Kruse.

Perkembangan terbaharu itu menjadi antara langkah penting sejak XOX Bhd. melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn. Bhd. mengambilalih kelab tersebut daripada sebuah pasukan yang hampir berkubur ekoran masalah kewangan.

Selain isu masalah tunggakan gaji yang sudah pun diselesaikan sebaik sahaja memiliki pasukan ini, pengurusan tertinggi Perak FC juga pantas membawa masuk pengendali baharu, Lim Teong Kim untuk menggalas tanggungjawab membimbing pasukan bagi menghadapi Liga Super 2023. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.