Pearly-Thinaah singkirkan juara All England

Pearly-Thinaah singkirkan juara All England

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pearly Tan-M.Thinaah terus melakar sensasi di Paris apabila mengejutkan juara All England, Chiharu Shida-Nami Matsuyama untuk mara ke separuh akhir badminton Terbuka Perancis hari ini.

Walaupun di atas kertas, beregu wanita Jepun itu mempunyai kelebihan psikologi dengan memenangi semua enam pertemuan mereka sejak 2020, namun Pearly-Thinaah tidak mengalah apabila bertungkus lumus mematikan serangan lawan.

 

Usaha mereka berbaloi dengan strategi  mengagumkan apabila menang 15-21, 21-14, 21-14, sekali gus muncul wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir.

Menanti mereka esok pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Soo Hee yang menyingkirkan pilihan pertama dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-16, 23-21.

Terdahulu dalam beregu lelaki, gandingan Teo Ee Yi – Ong Yew Sin yang diletak sebagai pilihan kelapan akur apabila tewas kepada wakil Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kom Won Ho  18-21, 18-21. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.