Negeri Sembilan tewaskan Melaka, buka buka peluang ke Piala AFC

Negeri Sembilan tewaskan Melaka, buka peluang ke Piala AFC

PEMAIN-pemain Negeri Sembilan meraikan gol jaringan Nasrullah Haniff dalam aksi menentang Melaka United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC terus memberikan cabaran untuk memburu slot ke Piala AFC selepas menumpaskan Melaka United  2-0 dalam aksi Liga Super malam ini.

Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, tuan rumah menguasai perlawanan termasuk memperoleh beberapa peluang untuk mencipta jaringan.

Ia termasuklah percubaan pada minit ke-8 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti oleh penyerang import mereka, Gustavo Almeida Dos Santos namun hanya singgah di palang gol Melaka United.

PERTAHANAN Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim (kanan) dan pemain Melaka United, Muhammad Fadhil Idris (tengah) berebut bola dalam aksi Liga Super di Paroi malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Hasil serangan berterusan, Negeri Sembilan berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-34 ketua pasukan, Nasrullah Haniff Johan yang menanduk masuk jaringan hasil sepakan penjuru Mohamad Zamri Pin Ramli.

Memasuki separuh masa kedua, tuan rumah berterusan mencari tambahan gol, namun ia hanya berhasil empat minit sebelum perlawanan tamat hasil sentuhan Gustavo Almeida yang menampan masuk bola yang gagal ditepis kemas penjaga gol pelawat, Ahmad Asyraaf Omar.

Sehingga perlawanan berakhir keputusan kekal 2-0 memihak Negeri Sembilan yang sekali gus mengumpul 41 mata dengan berbaki satu lagi perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.