Messi pulang ke Camp Nou tahun depan

Messi pulang ke Camp Nou tahun depan

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Lionel Messi bersedia untuk kembali ke Barcelona tahun hadapan selepas kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat, menurut laporan di Argentina.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini meninggalkan kelab dalam keadaan beremosi tahun lalu dan lina­ngan air mata sebelum berpindah PSG.

Begitupun, Messi dikatakan teruja untuk kembali ke Camp Nou selepas Presiden Barcelona, Joan Laporta memberitahu hasratnya mahu membawa pulang penyerang itu.

Kontrak Messi bersama PSG tinggal beberapa bulan untuk tamat, dan dia tidak mahu memulakan rundingan lanjutan sehingga tamat Piala Dunia 2022 di Qatar, Disember nanti.

Wartawan penyiaran Te­lemundo Deportes, Veronica Brunati yang rapat dengan pemain itu bagaimanapun mendedahkan, Messi sudah memutuskan untuk kembali bergelar pemain Barcelona tahun depan.

Kepulangan sensasi Messi secara rasmi dijangka berlaku pada 1 Julai 2023, iaitu tarikh yang ditetapkan untuk dia menjadi ejen bebas.

Dalam masa sama, Barcelona turut memberikan beberapa petunjuk akhir-akhir ini bahawa mereka akan menyambut kedatangan Messi dengan ­tangan terbuka.

Naib Presiden ekonomi kelab tersebut, Eduard Romeu menjelaskan, isu kewangan tidak akan menjadi masalah untuk membawa Messi kembali bersama mereka.

“Jika dia kembali, dia akan menjadi ejen percuma, namun ini adalah keputusan yang perlu dibuat oleh kakitangan kejurulatihan dan pemain.

“Dia ialah ikon kelab ini dan Barcelona akan sentiasa menjadi rumahnya,” kata Romeu kepada El Mati de Catalunya Radio.

Messi telah meledak 672 gol sepanjang menyarung jersi Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya