Mbappe hanya boleh sertai Liverpool

Mbappe hanya boleh sertai Liverpool

KYLIAN MBAPPE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe mengejutkan peminat Paris Saint-Germain (PSG) apabila dikatakan mahu meninggalkan kelab pada Januari ini kerana hubungannya dengan pengurusan tertinggi sama sekali ‘terputus’.

Begitupun penyerang sensasi Perancis itu diberitahu, dia tidak akan dibenarkan menyertai Real Madrid dan hanya boleh dilepaskan kepada Liverpool.

Akhbar Sepanyol, Marca  melaporkan, Mbappe memberitahu PSG dia mahu pergi  di tengah-tengah minat ketara daripada Real Madrid, yang pernah menawarkan 154 juta pound (RM789.61 juta) untuk pemain berusia 23 tahun itu.

PSG bagaimanapun tidak akan melayan sebarang tawaran daripada Real jika Mbappe pergi sekarang, sebaliknya hanya bersedia berunding dengan Reds.

Menurut Marca, PSG telah bersetuju untuk melepaskan Mbappe dengan memenuhi syarat tertentu, termasuk perpindahan ke Bernabeu diketepikan.

JURGEN KLOPP

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menyatakan minat terhadap Mbappe, yang dianggap antara pemain terbaik di dunia, pada masa lalu tetapi kewangan yang besar boleh menjadi penghalang kepada sebarang perjanjian dengan  Reds.

Mbappe secara konsisten dikaitkan dengan pasukan Klopp dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan dia dilaporkan berminat untuk menguji dirinya dalam Liga Perdana Inggeris.

Bintang Perancis itu menandatangani perjanjian baharu dengan PSG bernilai 650,000 (RM3.33 juta) seminggu pada musim panas lalu tetapi kontrak yang menarik itu tidak menghalang spekulasi berterusan mengenai masa depannya.

Pada awal musim ini, Mbappe secara terbuka menyelar taktik jurulatih, Christophe Galtier dan kelihatan bertelagah dengan Neymar.

NEYMAR (kiri) dan Kylian Mbappe bergaduh lagi, sekali gus mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kem PSG.

Bagaimanapun, sebelum seri 1-1 dengan Benfica dalam Liga Juara-Juara pagi tadi, Penasihat Sukan PSG, Luis Campos menafikan laporan yang mendakwa Mbappe mahu meninggalkan kelab itu.

“Saya sangat terkejut kerana saya menghabiskan sepanjang hari bersama Kylian Mbappe, dan dia tidak pernah meminta saya atau presiden untuk pergi pada Januari.

“Kami sangat jelas bahawa ini bukan pengumuman, ia adalah berita yang telah keluar beberapa jam sebelum perlawanan  penting menentang Benfica,” kata Campos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN