Malaysia ada 3 wakil dalam Piala AFC jika KL juara Sabtu depan

Malaysia ada 3 wakil dalam Piala AFC jika KL juara Sabtu depan

PASUKAN KL City ketika meraikan kejayaan menumpaskan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh untuk mara ke final Piala AFC bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan memiliki tiga wakil dalam Piala AFC musim depan jika Kuala Lumpur (KL City) berjaya muncul juara pada perlawanan akhir, Sabtu depan.

Skuad The City Boys layak beraksi di pentas Asia itu sekalipun terkeluar daripada kelompok dua terbaik Liga Super musim ini atau gagal mempertahankan Piala Malaysia, namun dengan syarat mereka harus menumpaskan kelab Oman, Al Seeb di Bukit Jalil.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John mengesahkan, juara Piala AFC akan meraih slot pusingan awal Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

“Berdasarkan peraturan pertandingan, dia (Kuala Lumpur City) akan dimasukkan dalam pusingan awal, iaitu sebelum peringkat playoff dan kumpulan.

“Disebabkan Malaysia berada di tangga enam pasukan teratas, maknanya mereka akan simpan slot Piala AFC juga, tidak akan diganti, jadi ini satu peluang baiklah,” katanya kepada Astro Arena.

Itu bermakna, Malaysia berpotensi mempunyai empat wakil di pentas Asia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara selaku juara Liga Super musim ini.

Dalam masa sama, naib juara Liga Super dan pemenang Piala Malaysia akan membawa cabaran negara dalam saingan Piala AFC musim depan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN