‘Macam tak percaya kami main teruk’

‘Macam tak percaya kami main teruk’

BENTENG Sri Pahang (jersi kuning) terlalu rapuh ketika tumbang 1-5 kepada Terengganu FC dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. – IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Datuk Dollah Salleh bagaikan hilang kata-kata selepas melihat benteng pertahanan Sri Pahang bermain teruk dan tumpas de­ngan jaringan besar 1-5 kepada Terengganu FC pada aksi pertama, pusingan 16 akhir Piala Malaysia di Kuantan kelmarin.

Kekalahan juara empat kali itu menyaksikan mereka kini memilih laluan amat berduri kerana perlu bangkit dengan jaringan besar apabila bertandang ke Terengganu, Selasa depan untuk mencari tiket ke suku akhir.

Kata Dollah, benteng pertahanan sering mengulangi kesilapan mudah dan serba tidak menjadi, namun masih berharap untuk melakukan keajaiban dalam 90 minit permainan kedua.

“Semua serba tidak menjadi. Dalam tiga minit kita melepaskan dua gol iaitu kesilapan besar yang dilakukan.

“Jentera pertahanan begitu longgar, saya macam tidak percaya perkara ini berlaku. Kita cuba bangkit dan berjaya menjaringkan satu gol pada penghujung separuh masa pertama.

“Bagaimanapun, kesilapan sama dilakukan apabila Terengganu berjaya menjaringkan tiga gol termasuk dua gol awal babak kedua.

“Saya tidak tahu apabila pemain berdepan satu lawan satu, mereka tidak dapat mengawalnya yang menyebabkan gawang dibolosi,” katanya.

Penyerang kelahiran Liberia, Kpah Sherman muncul wira Terengganu apabila meledak hatrik pada minit pertama, 52 dan 90, manakala dua lagi jaringan disempurnakan Nik Shariff Haseefy Mohd. Lazim minit ketiga serta Faisal Halim.

Steven Rodriguez menja­ringkan gol tunggal tuan rumah pada minit ke-42.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.