LTdL 2022: Satu podium, 10 terbaik sasaran TSG

LTdL 2022: Satu podium, 10 terbaik sasaran TSG

KEHADIRAN enam pasukan Jelajah Dunia membuatkan TSG meletakkan sasaran sederhana dalam LTdL 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keha­diran enam pasukan bertaraf Jelajah Dunia membuatkan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran realistik pada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang membuka tirai 11 Oktober ini.

Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus berkata, selain pasukan Jelajah Dunia, empat pasukan Pro Benua juga akan menjadikan edisi ke-26 perlumbaan lebih sengit.

Katanya satu kedudukan podium dan 10 terbaik keseluruhan atau jersi kuning sudah memadai buat pasukan itu.

“Setelah membuat penilaian, kami pernah berlumba dengan pasukan tersebut dalam perlumbaan sebelum ini dan kualiti mereka pada tahap berbeza.

“Dari segi laluan juga tidak memihak TSG di mana lima da­ripada lapan peringkat ‘menghidangkan’ zon pendakian yang menyukarkan jaguh pecut kami.

“Sebab itu sasaran kali ini lebih rasional dengan hanya satu podium dan sorang pelumba pada kedudukan ‘top 10’ jersi kuning,” katanya semalam.

Nasiruddin berkata, enam pelumba akan membawa cabaran TSG diketuai Anatoliy Budyak, Metkel Eyob, Youcef Reguigui, Jambaljamts Sainbayar dan dibantu jaguh pecut, Mohd. Harrif Saleh.

“Satu lagi slot pelumba tempatan akan diisi sama ada Nur Aiman Mohd. Zariff atau Nur Amirul Fakhruddin Mazuki yang akan ditentukan tidak lama lagi oleh barisan jurulatih.

“Mungkin Nur Aiman boleh jadi sandaran untuk zon pendakian kerana dia juga pernah menyarung jersi polka dot atau raja bukit dalam edisi terakhir dua tahun lalu.

“Namun kita akan lihat prestasi semasa menuju hari pertandingan dan peluang pakar pecut seperti Harrif juga perlu diberi perhatian untuk memberi mata kepada TSG,” katanya.

Pelumba TSG kini membuat persiapan ­terakhir menjelang LTdL 2022 dengan menyertai perlumbaan di Iran dan Taiwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.