Liga Besbol Kebangsaan diperkenalkan awal tahun depan

Liga Besbol Kebangsaan diperkenalkan awal tahun depan

AHMAD Faizal Azumu (dua, kiri) bersama Sazali Husain (dua, kanan) menunjukkan replika cek penajaan bagi penganjuran kejohanan Liga Besbol Kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjuran sulung Liga Besbol Kebangsaan menggunakan format antarabangsa yang bakal disertai 10 pasukan negeri mampu melahirkan lebih ramai pemain berbakat untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (BFM), Sazali Husain berkata, kejohanan ini akan dianjurkan secara lebih profesional seiring dengan perkembangan sukan itu di peringkat global.

“Sudah pasti ia akan menggunakan format antarabangsa tetapi kita juga akan sesuaikan mengikut keperluan tempatan. Ini adalah kali pertama ia dijalankan secara profesional, jadi kita kena lihat kekangan dihadapi pasukan bertanding.

“Kali ini kita kenalkan format pasukan ngeri dan kami harap kami mampu cungkil lebih ramai bakat baharu untuk dibawa mewakili negara. Saya harap (penyertaan) akan dapat dimuktamadkan pada November ini.

“Kita akan umumkan senarai pasukan bulan depan dan kami yakin mampu dapat penyertaan lapan ke 10 pasukan,” katanya selepas mengumumkan AEONBIG Sdn. Bhd. dan Bubbles O2 SDN. BHD. sebagai penaja utama Liga Besbol Kebangsaan di Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022), di sini hari ini.

Pengumuman penaja ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tambahnya lagi, pihaknya optimis penganjuran ini dapat direalisasikan Januari depan dan ia akan berlangsung untuk tempoh tiga ke empat bulan.

“Secara dasarnya kami setuju ia dimulakan pada Januari ini. Kita juga cuba memperkenalkan Liga Besbol Wanita yang bakal menjadi penganjuran sulung di rantau Asia Tenggara.

“Dengan kehadiran dua jenama ini juga, kami yakin sukan ini mampu melangkah jauh dan liga akan dapat dijalankan lebih baik,” katanya yang masih lagi menunggu wakil daripada negeri di timur Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya