Leicester akhirnya raih kemenangan

Leicester akhirnya raih kemenangan

BRENDAN Rodgers (kiri) akhirnya membawa Leicester melakar kemenangan pertama musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Brendan Rodgers menarik nafas lega akhirnya menemui formula kemenangan selepas Leicester meraih tiga mata pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dengan membenam Nottingham Forest 4-0, awal pagi tadi.

Kemenangan itu mengurangkan sedikit tekanan The Foxes yang kalah enam kali dan seri sekali dalam tujuh perlawanan sebelum ini.

James Maddison menjadi inspirasi Leicester apabila meledak dua, namun kemenangan itu belum mampu mengeluarkan The Foxes dari zon penyingkiran dengan menghuni tangga kedua tercorot, manakala Forest terbenam di dasar liga.

Skuad kendalian Rodgers menewaskan Forest menerusi tiga gol dalam tempoh 10 minit babak pertama di Stadium King Power.

Maddison meledak antara jaringan Harvey Barnes dan Patson Daka pada babak kedua ketika Leicester menang kali pertama musim ini selepas mengharungi lapan perlawanan.

Sejurus tamat perlawanan, Rodgers memuji Maddison dan menyelar pengurus England, Gareth Southgate kerana tidak pernah memberi peluang kepada bintang tengah tersebut.

Southgate terlepas pandang bakat Maddison sejak kali terakhir dia mendapat panggilan skuad kebangsaan menentang Montenegro dalam aksi kelayakan Euro 2020 pada 2019.

“Ia sangat menyedihkan buat negara dan pemain itu sendiri (tidak berada dalam skuad kebangsaan England).

“Anda nampak bakatnya dan tahap prestasi sejak 18 bulan lalu. Saya rasa, selain Harry Kane hanya dia pemain England yang meledak banyak gol.

“Dia pemain yang bijak dan saya benar-benar berharap dia akan meneruskan prestasi untuk diserap dalam skuad England,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya