Kekalahan Tok Gajah amat mengecewakan - Dollah

Kekalahan Tok Gajah amat mengecewakan – Dollah

PEMAIN Sri Pahang (jersi kuning) kecewa selepas tumpas kepada Sabah dalam aksi Liga Super di laman sendiri di Kuantan malam tadi. - IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pengendali Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh terkilan pasukannya tewas 1-2 di tangan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kekalahan tersebut tidak dijangka selepas skuad Tok Gajah berjaya menjaringkan gol pendahuluan lima minit sebelum perlawanan berakhir.

“Sepatutnya kita lagi kuat dan agresif tetapi jaringan itu membuatkan kita lemah pada minit-minit terakhir.

“Kita melepaskan peluang begitu sahaja yang menyaksikan Sabah. menjaringkan dua gol sekali gus mencatat kemenangan,” katanya.

PEMAIN Sabah meraikan kejayaan menumpaskan Sri Pahang dalam aksi di Kuantan. – IHSAN SABAH FC

Pada perlawanan itu, Sri Pahang menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan Steven Rodriguez pada minit ke-85.

Namun, Sabah bangkit daripada ketinggalan dengan menjaringkan dua gol menerusi Dominic Tan minit ke-89 dan Taesu Park minit ke-92.

Di sebalik kekalahan tersebut, Dollah berkata, peluang masih lagi terbuka buat skuad Tok gajah untuk menamatkan aksi Liga Super di kedudukan ketujuh atau kelapan.

 

Sementara itu, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengakui tugas getir bakal dihadapi untuk layak ke saingan Piala AFC musim depan.

Beliau berkata, pada masa sama, skuad itu akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu ini.

“Bagi saya satu lagi cabaran dan perlawanan yang cukup sengit bakal dihadapi apabila berdepan JDT kerana ia penentu sama ada layak ke saingan Piala AFC.

“Saya percaya penentuannya akan berlaku pada perlawanan terakhir dan sudah pasti kita berdepan cabaran apabila berdepan JDT serta bermain di tempat lawan,” katanya.

Mengulas kemenangan ke atas Sri Pahang, beliau berbangga dengan komitmen ditunjukkan anak buahnya yang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya