fbpx

Kedai basikal jurulatih Azizulhasni dirompak

JOHN Beasley (kiri) bersama Azizulhasni Awang.

PETALING JAYA: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, malang terus menimpa nasib ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley apabila kedai basikalnya di Melbourne, Australia dipecah masuk.

Beasley baru sahaja pulang daripada kempen skuad negara yang menyertai Kejohanan Dunia berbasikal trek di Saint Quentin-en-Yvelines, Perancis yang menyaksikan barisan pelumba negara pulang hampa dengan tangan kosong.

Perkara ini dikongsikan oleh jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menerusi muat naik hantarannya di media sosial semalam.

“Mendapat perkhabaran kurang baik dari Melbourne. Kedai jurulatih saya, Beasley Cycles telah dipecah masuk oleh orang tidak bertanggung jawab.

“Dipecahkannya cermin pintu belakang kedai beliau dan dilarikan beberapa basikal mahal. Wah gila betul, zaman dulu orang pecah masuk kedai barang kemas atau bank, sekarang kedai basikal dah jadi sasaran juga ye.

“Kesian si John Beasley, dah la tengah kusut sibuk menguruskan pelbagai urusan penting nak berpindah Malaysia, di uji pula dengan dugaan macam ni,” jelas Azizulhasni mengenai kedai Beasley yang telah diasaskan sejak 1919.

Biarpun dihimpit masalah ini, Beasley masih terikat dengan tugasan untuk mempersiapkan skuad negara menghadapi Kejohanan Trek Piala Asia di Trivandrum, India pada 25 hingga 27 November depan. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received