Kedah rugi terlepas Tan Cheng Hoe

Kedah rugi terlepas Tan Cheng Hoe

TAN Cheong Hoe kini mengharungi prestasi baik bersama Selangor sejak mengambil alih skuad Merah Kuning pada 24 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah menyifatkan Tan Cheng Hoe sebagai individu paling sesuai membimbing pasukan Sang Kenari.

Begitupun, Cheng Hoe yang berehat hampir setahun akhirnya memilih Selangor bagi meneruskan kariernya sebagai jurulatih yang menyaksikan Kedah terpaksa berputih mata.

Bagi Azraai, Cheng Hoe yang merupakan anak jati dan bekas pemain Kedah seharusnya menjadi keutamaan pasukan selepas dia berehat dari membimbing Harimau Malaya.

AZRAAI KHOR ABDULLAH

“Sesuai sangat-sangat, dia merupakan anak jati Kedah, pernah bermain untuk pasukan (1988-1995) dan (2000-2001).

“Selain itu, Cheng Hoe sebelum ini pernah membimbing Kedah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjuarai trofi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

“Bagaimanapun, mereka terlepas dia di tangan Selangor,” ujarnya kepada Utusan Malaysia, semalam.

TAN CHENG HOE

Azraai yang juga bekas pemain Kedah pada 1969 hingga 1980 berkata, kegagalan melihat Cheng Hoe membimbing Kedah mungkin tiada persetujuan dicapai.

“Mungkin apa yang diminta (Cheng Hoe) tidak mampu ditunaikan KDA FC, sedikit kerugian buat pasukan,” katanya.

Isnin lalu, Kedah mengumumkan penamatan khidmat ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak berkuat kuasa serta-merta sebelum saingan Piala Malaysia bermula dan digantikan dengan penolongnya, Victor Andrag.

Sepanjang empat musim membimbing pasukan itu, Aidil mencatatkan beberapa kejayaan antaranya Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super 2020 dan 2021 serta layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean Piala AFC 2022.

AIDIL SHARIN SAHAK 

Selain itu, individu berasal dari Singapura tersebut turut membawa Kedah layak tiga tahun berturut-turut ke perlawanan playoff Liga Juara-Juara Asia 2020 dan Piala AFC pada 2021 serta tahun ini.

Cheng Hoe, 54, yang diumum sebagai Ketua Jurulatih Selangor pada 24 September lalu tidak kalah dalam empat perlawanan pertamanya bersama Red Giants.

Beliau memulakan tugasan dengan membantu Selangor membelasah Melaka United 5-0, sebelum menang 1-0 ke atas Petaling Jaya City (PJ City), menumpaskan Sarawak United 1-0 dan seri 1-1 dengan Penang FC.

Membantu Red Giants me­rampas kembali Piala Malaysia yang pernah dimenangi 33 kali menjadi misi getir buat bekas pengendali Harimau Malaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN