JDT hampir pasti juara, pasukan lain fokus Piala AFC

JDT hampir pasti juara, pasukan lain fokus Piala AFC

PEMAIN Johor Darul Ta’zim menjalani latihan akhir di Johor Bahru kelmarin dalam persiapan menghadapi Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun secara matematik peluang Sabah untuk mencabar Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menjulang kejuaraan Liga Super 2022 masih ada, namun Sang Badak bersikap realistik dengan hanya menumpukan kepada perebutan slot Piala AFC berbanding bergelar juara liga.

Ditinggalkan tujuh mata di belakang Harimau Selatan yang turut memiliki kelebihan satu perlawanan menyebabkan pengendali Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee lebih berminat bercakap tentang persaingan sengit memburu kedudukan kedua dan ketiga yang menjanjikan tiket Piala AFC 2023.

Sabah yang kini menghuni tangga kedua liga dengan 36 mata, diikuti rapat oleh Ne­geri Sembilan (35) yang akan berdepan JDT di Johor malam ini.

Terengganu FC dengan 32 mata, Kuala Lumpur City (29) dan Kedah (27) juga masih mampu mencabar kelompok tiga terbaik.

Anak-anak buah Kim Swee turun dengan misi membawa pulang tiga mata apabila berdepan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.

“Kami sering dibolosi dahulu dalam beberapa perlawanan sebelum ini, hanya semasa berdepan Sarawak, kami tidak dibolosi dan itu satu statistik yang amat membimbangkan saya, jadi segala kelemahan telah dikenal pasti agar masalah tidak berulang.

“Kuncinya kini kami tidak boleh cepat panik biarpun tertekan dengan situasi sekarang. Kami hanya fokus kepada pe­rancangan kita dari satu ke satu perlawanan,” kata Kim Swee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya