IQ tinggi punca tiga atlet KL digugurkan

IQ tinggi punca tiga atlet KL digugurkan

MAJLIS Pendaftaran Delegasi Para Sukma 2022 di MSN, Bukit Jalil hari ini. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang tiga hari sebelum Para Sukan Malaysia (Sukma) membuka tirai Selasa depan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ‘hilang’ tiga atlet yang terpaksa digugurkan gara-gara memiliki tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi.

Tiga atlet berkenaan adalah dua dari sukan boling dan seorang atlet renang digugurkan selepas menjalani ujian klasifikasi bagi kecacatan intelektual.

Ketua Penyelaras Kontinjen WPKL, Mohd. Faidurrida Yusoff berkata, ujian klasifikasi bagi kecacatan intelektual yang dijalankan pihak penganjur sebelum ini mendapati tiga atlet mereka melebihi tahap sepatutnya bagi kategori terbabit.

“Setakat ini klasifikasi yang sudah kita jalankan adalah untuk atlet bagi kategori kecacatan intelektual. Jadi, ada tiga atlet daripada kontinjen kami yang digugurkan dan atlet lain akan meneruskan kejohanan seperti biasa.

“Kemungkinan besar kesan kepada pasukan kami adalah dari segi pungutan pingat sebab mereka ini juga sudah lama berlatih.

“Akan tetapi, kita berharap tiada lagi atlet WPKL digugurkan pada tapisan terakhir. Kita akui bukan mudah untuk mencari atlet para.

Sehingga hari ini semua atlet bersemangat dan bersedia untuk memburu pingat seperti yang disasarkan,” jelas Faidurrida ketika ditemui semasa Majlis Pendaftaran Delegasi (DRM) Para Sukma 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini.

Para Sukma 2022 akan mempertandingkan 10 jenis sukan dan disertai 15 kontinjen negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.