Insiden bola sepak kedua terburuk dunia

Insiden bola sepak kedua terburuk dunia

RUSUHAN penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang menjadi yang kedua terburuk dalam sejarah tragedi perlawanan bola sepak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Insiden rusuhan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang menjadi yang kedua terburuk dalam sejarah tragedi perlawanan bola sepak.

Rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya menyaksikan 182 kematian setakat ini, mengatasi tragedi di Stadium Accra Sports, Ghana yang mengorbankan 126 nyawa.

Begitupun, tragedi paling buruk adalah di Lima, Peru, di mana 328 nyawa terkorban ketika aksi kelayakan Olimpik Tokyo antara Peru dan Argentina pada 24 Mei 1964.

Rusuhan di Malang tercetus apabila penyokong Arema yang tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tewas 3-2 dan bertindak menceroboh ke dalam padang sehingga memaksa anggota polis menembak gas pemedih mata.

Ia adalah kekalahan pertama Arema kepada seteru utama itu dalam tempoh lebih dua dekad.

Tembakan gas pemedih mata menyebabkan penyokong bertempiaran lari sehingga ada yang terkorban akibat terjatuh dan dipijak.

“Dalam insiden itu, seramai dua anggota polis turut terkorban.

“Mereka berebut-rebut keluar melalui satu pintu sahaja. Akibat terlalu sesak, ada yang tidak dapat bernafas dan tidak cukup oksigen,” kata ketua polis Jawa Timur, Nico Afinta.

Kerajaan Indonesia turut kesal di atas insiden berkenaan dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci.

“Kami kesal di atas insiden ini, ia berlaku ketika kita boleh kembali menonton bola di stadium.

“Kami akan menyiasat pe­nganjuran perlawanan ini serta jumlah kehadiran penyokong. Kita juga akan membincangkan berkenaan larangan ke atas penyokong untuk hadir ke stadium,” kata Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Zainudin Amali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya