Hamilton terus berlumba pada usia 42 tahun?

Hamilton terus berlumba pada usia 42 tahun?

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lewis Hamilton berhasrat untuk terus berlumba dalam Formula Satu (F1) bagi tempoh lima tahun lagi dan akan menandata­ngani kontrak baharu bersama Mercedes.

Juara dunia tujuh kali itu memberitahu pasukannya bahawa dia mempunyai lima tahun lagi untuk terus bersaing dalam sukan pemotoran.

Hamilton, 37, ketika ini me­nikmati pendapatan 40 juta pound (RM210 juta) setahun dan jumlah itu dijangka meningkat dalam 15 bulan akan datang.

Prinsipal Mercedes, Toto Wolff dan Hamilton sudah memulakan rundingan mengenai masa depan pemandu Britain itu.

LEWIS HAMILTON“Minggu lalu kami duduk bersama dan dia (Hamilton) berkata ‘Saya masih ada lima tahun..Apa yang anda lihat tentang perkara itu?’

“Jadi, saya tiada keraguan mengenai kontrak lanjutan. Kami sentiasa akan berbincang mengenai masa depan,” kata Wolff.

Sekiranya Hamilton menandatangani kontrak lima tahun, bermakna dia akan terus berlumba pada usia 42 tahun.

Wolff tidak melihat faktor usia sebagai masalah kerana Fernando Alonso, 41, juga masih berlumba secara kompetitif.

“Saya tidak tahu sama ada angka 40, umur yang anda katakan itu tidak memadai untuk berlumba.

“Jika anda lihat di mana Fernando berada pada usia 41 tahun, dia masih di sana (dalam F1),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya