Habuan RM6.95 juta menanti KL City jika juarai Piala AFC

Habuan RM6.95 juta menanti KL City jika juarai Piala AFC

PASUKAN KL City ketika meraikan kejayaan menumpaskan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh untuk mara ke final Piala AFC bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Habuan lumayan AS$1.5 juta (RM6.95 juta) bakal menanti Kuala Lumpur City (KL City) jika berjaya memahat sejarah menjuarai Piala AFC 2022.

Begitupun, skuad The City Boys tetap menutup kempen dengan ganjaran besar sekali pun gagal mengalahkan kelab Oman, Al-Seeb dalam perlawanan akhir kerana naib juara dijanjikan AS$750,000 (RM3.47 juta).

Kejayaan mara ke final Piala AFC 2022 juga membolehkan KL City menikmati nilai subsidi perjalanan keseluruhan AS$120,000 (RM556,000).

Subsidi tersebut adalah untuk perlawanan menentang kelab Vietnam, Viettel (Zon ASEAN) di tempat lawan, bertemu Mohun Bagan (separuh akhir Antara Zon) di Stadium Salt Lake serta Sogdiana dari Uzbekistan di Stadium So’g’diyona malam tadi.

Kejayaan muncul juara Zon ASEAN dengan menewaskan kelab Indonesia, PSM Makassar 5-2 sebelum ini turut membolehkan KL City meraih AS$100,000 (RM463,600).

Seandainya berjaya menjulang Piala AFC, KL City bukan sahaja menerima habuan lumayan, malah mengulangi pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai trofi berkenaan pada 2015.

KL City akan menentang Al-Seeb dalam perlawanan akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 22 Oktoberi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya