Gergasi Merah menang lagi

Gergasi Merah menang lagi

KAPTEN Selangor, Brendan Gan (kiri) bersaing dengan pemain Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaringan tunggal pemain gantian, Danial Asri memastikan Selangor FC menumpaskan pasukan jiran, Petaling Jaya City (PJ City) 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, sebentar tadi.

Ia juga kemenangan kedua berturut-turut buat pasukan Merah Kuning di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Nor Hakim Hassan, Herlison Caion dan Mukhairi Ajmal di jentera serangan.

PENYERANG Selangor, Herlison Caion (kanan) mengawal bola ketika menentang Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Melaka United FC, Sabtu lalu, Selangor mempamer permainan menyerang sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan pengadil perlawanan.

Gergasi Merah hanya mencipta sedikit peluang pada babak pertama apabila sepakan percuma Baha Abdelrahman berjaya ditepis penjaga gol The Phoenix, Kalamullah Al-Hafiz.

Begitu juga dengan peluang keemasan dimiliki Mukhairi Ajmal, namun percubaan satu lawan satu yang dimilikinya gagal mengegarkan jaring pasukan lawan.

Menyedari lebih tekanan perlu dijelmakan bagi memburu gol, Cheng Hoe telah melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan penyerang import, Caion dan memasukkan Danial Asri.

PEMAIN Selangor, Mukhairi Ajmal (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang Petaling Jaya City dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ malam ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Danial atau lebih mesra dengan panggilan Chang dalam pasukan membalas kepercayaan pasukan dengan menanduk bola masuk pada minit ke-81.

Gol berpunca dari hantaran lintang Mukhairi Ajmal dari sebelah kiri gol dan Chang yang tidak dikawal mudah menanduk masuk untuk menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

PJ City bimbingan P. Maniam cuba untuk bangkit memburu gol penyamaan namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN