Final Piala AFC hadiah istimewa buat Irfan

Final Piala AFC hadiah istimewa buat Irfan

IRFAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertahanan Kuala Lumpur City (KL City), Irfan Zakaria (gambar) me­ngakui, penampilan final Piala AFC menentang kelab dari Oman, Al-Seeb antara detik paling bermakna buatnya.

Irfan menganggap peluang ini sebagai ‘hadiah’ selepas gagal menyertai pasukan ketika memahat sejarah menjulang Piala Malaysia dalam tempoh 32 tahun akibat putus urat buku lali.

“Ketika Piala Malaysia, pemain sekadar borak-borak untuk capai sasaran. Mudahnya seperti borak ‘kedai mamak’ tetapi bermula daripada situlah rezeki kami datang.

“Macam saya, agak terkilan dan terkejut kerana sebelum ini saya tidak pernah alami kecederaan seteruk ini.

“Insya-Allah ia akan menjadi penutup kepada rasa sedih saya selepas terlepas final Piala Malaysia musim lalu,” katanya.

Kata Irfan, pengalaman bermain di pentas antarabangsa, kebanyakan pasukan negara Arab memandang rendah keupayaan lawan dan sentiasa melakukan perang psikologi.

“Saya pernah main menentang negara Arab, kelebihan mereka fizikal dan taktikal.

“Namun tiada beza dengan kita main di India, Vietnam dan Uzbekistan, cuma negara Arab sering gunakan permai­nan fizikal serta psikologi.

“Mereka jenis degil dan ada sikap riak. Jadi untuk jatuhkan air muka mereka, kita kena bagi 200 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN