Drama Ronaldo bayangi United

Drama Ronaldo bayangi United

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United yang memerlukan tumpuan penuh untuk mengalahkan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini, sebaliknya berlepas ke London bersama ‘drama’ Cristiano Ronaldo.

Pengurus United, Erik ten Hag mahu kontrak Ronaldo ditamatkan awal, malah menggugurkan ‘superstar’ Portugal itu daripada skuad ke Stamford Bridge gara-gara meninggalkan bangku simpanan sebelum tamat pertemuan de­ngan Tottenham kelmarin.

“Cristiano Ronaldo tidak akan menjadi sebahagian skuad Manchester United untuk perlawanan Liga Perdana, Sabtu ini menentang Chelsea,” kata United dalam satu kenyataan.

Tidak lama selepas kenyataan itu disiarkan, Ronaldo segera memberikan reaksi di media sosial.

CRISTIANO Ronaldo (tengah) duduk di bangku simpanan.

“Seperti yang selalu saya lakukan sepanjang karier saya, saya cuba hidup dan bermain dengan penuh hormat terhadap rakan sekerja, musuh saya dan jurulatih saya. Itu tidak berubah. Saya tidak berubah.

“Saya orang yang sama dan profesional, sama sejak 20 tahun bermain dalam bola sepak elit. Rasa hormat sentiasa memainkan peranan penting dalam pro­ses saya membuat keputusan.

“Buat masa ini, saya merasakan saya perlu terus bekerja keras di Carrington, menyokong rakan sepasukan dan bersedia untuk segala-galanya dalam mana-mana perlawanan. Mengalah kepada tekanan bukanlah satu pilihan,” kata Ronaldo.

United sepatutnya berlepas ke London dengan mood baik selepas menundukkan Tottenham 2-0, namun ‘drama’ di Old Trafford membayangi bilik persalinan.

BLUES ENGGAN CICIR MATA

Sementara itu di London, pe­ngendali Chelsea mahu memanfaatkan suasana ‘keruh’ United untuk memburu tiga mata, sekali gus mengukuhkan kedudukan empat terbaik.

Selepas diikat 0-0 oleh Brentford kelmarin, pengendali Blues, Graham Potter berkata, pasukannya tidak boleh hilang mata lagi.

“Empat mata (daripada dua perlawanan terakhir di tempat lawan) bukanlah keputusan terlalu teruk tetapi kami mahu kemenangan di laman sendiri,” kata Potter.

Chelsea yang menghuni tangga keempat liga de­ngan 20 mata, tujuh di belakang pendahulu, Arsenal dijangka mengekalkan formasi 3-4-2-1. Pierre-Emerick Aubameyang mengetuai sera­ngan sambil disokong Raheem Sterling serta Mason Mount. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN