City diikat di Copenhagen, namun layak ke peringkat kalah mati

City diikat di Copenhagen, namun layak ke peringkat kalah mati

PEP Guardiola merehatkan Erling Haaland untuk memastikan City bertenaga bagi menghadapi Liverpool, Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Manchester City merehatkan Erling Haaland, beraksi dengan 10 pemain dan diikat 0-0 di Copenhagen, namun itu tidak menghalang mereka untuk layak ke pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara hari ini.

Jaringan Rodri dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) sebelum Sergio Gomez dibuang padang kerana melakukan kekasaran di Stadium Parken.

Riyad Mahrez juga gagal menyempurnakan sepakan penalti buat City sebelum Gomez disingkirkan pada minit ke-30.

Pengendali City, Pep Guardiola yang mahu menyimpan tenaga pasukannya menjelang kunjungan ke Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini merehatkan ‘mesin gol’ mereka, Haaland buat kali pertama.

Ketiadaan peledak sensasi Norway itu menyaksikan skuad The Citizens gagal menjaringkan gol buat kali pertama selepas 24 perlawanan dalam semua pertandingan.

Anak-anak buah Guardiola mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati selepas Borussia Dortmund seri 1-1 dengan Sevilla dalam satu lagi aksi Kumpulan G ketika saingan berbaki dua perlawanan.

City mengungguli kumpulan dengan 10 mata, tiga mata mengatasi Dortmund. Sevilla dan Copenhagen berkongsi dua mata.

“Beraksi dengan 10 pemain selama sejam adalah sukar. Pasukan ini memberikan segala-galanya.

“Ia satu mata yang berharga dan kami menerima keputusan ini.

“Saya sangat berpuas hati. Esok kami akan kembali melakukan persiapan sebelum bertemu Liverpool,” kata Guardiola.

Tanpa Haaland, yang sudah menjaringkan 20 gol dalam 12 perlawanan sejak tiba di Etihad, City jelas tumpul di depan gawang.

Guardiola berkata, dia mahu memberi rehat kepada Haaland kerana penyerang itu menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas kemenangan 4-0 ke atas Southampton, Sabtu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.